LABUAN: Berbanding Perjanjian Malaysia baharu, perjanjian tambahan dianggap mampu menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji yang tidak dipenuhi dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili.
Beliau berkata Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) boleh dibuka untuk perbincangan mengenai idea mewujudkan Perjanjian Tambahan bagi menggabungkan apa yang disifatkan oleh sesetengah sarjana sebagai 'Perjanjian Baharu Untuk Sarabah' (Sabah dan Sarawak) iaitu sebahagian daripada usaha memperkukuh Malaysia.
"Perjanjian tambahan adalah satu kemungkinan yang boleh berakhir dengan perkara yang ditangani oleh MKMA63 sejak dua tahun lepas," katanya dalam dialog dengan Dewan Perniagaan Cina Labuan serta Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun di sini hari ini.
Ongkili berkata perjanjian itu mampu menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji tidak dipenuhi yang diiktiraf serta diendors oleh MKMA63.
"Remedi dan peruntukan ini juga terdapat dalam Perkara VIII MA63 yang menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak boleh mengambil langkah sendiri untuk menguat kuasa serta melaksanakan MA63 tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.
"MA63 adalah dokumen keramat yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Kita harus menghormati dokumen asas ini, bukan tidak mengendah atau mengabaikannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, tiada MA63, tiada Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, Ongkili berkata beliau memahami tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan menyarankan usul mengenai Perjanjian Malaysia yang baharu.
"Namun MA63 tiada galang gantinya... kami faham sebab mereka mahukan perjanjian baharu itu, supaya kita boleh mengadakan satu perbincangan yang serius dan mendalam serta bertukar-tukar pendapat mngenai perjanjian tambahan, dengan input teras daripada kerajaan Sabah dan Sarawak serta Tanah Melayu sebagai penandatangan MA63.
"MKMA63, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, mengambil serius perkara ini dan terbuka dalam menyediakan ruang bagi membahaskan semua perkara ini untuk terus memperkukuh Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Ongkili berkata perjanjian itu mampu menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji tidak dipenuhi yang diiktiraf serta diendors oleh MKMA63. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
PM Ismail Sabri pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.
MA63: Dasar yang diputuskan Kerajaan PH masih diteruskan - Hanifah Hajar
Hanifah Hajar berkata, Kerajaan masa kini juga ingin melakukan yang terbaik dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.
Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi
Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.
GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing
Paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.
MA63: Pembentangan semula cadangan pindaan bergantung kepada usul
Usaha membentangkan semula cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adalah bergantung kepada usul mengenai isu yang akan dibentangkan pada persidangan DUN pada Selasa.
Kajian MA63 dijangka siap Jun ini - Shafie
Ketua Menteri Sabah itu juga berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia akan diadakan dari 22 sehingga 24 April ini.
Sabah pandang serius isu peribumi belum terima kewarganegaraan
Kerajaan negeri Sabah memandang serius mengenai masalah penduduk peribumi Sabah tinggal di kawasan pendalaman yang masih belum menerima kewarganegaraan.
PH iktiraf Sabah sebagai rakan kongsi - Azmin
Mohamed Azmin berkata, sebelum ini kerajaan di bawah Barisan Nasional gagal mengiktiraf Sabah sebagai 'equal partner' dalam Malaysia.